aienullLOVEfirdausfirdausLOVEaienull

Friday, February 12, 2010

Why I Like It Longer

I write this entry just because I want to win an LG BL40 Chocolate Phone.


OK itu hanya Introduction. Mari mulakan cerita tentang LG phone yang panjang ini.
ENGLISH say "Why I Like It Longer?" ; MALAY say "Kenapa saya suka Ia Lebih Panjang?"
Ke dua-duanya adalah soalan yang sama & jawapannya .....

Berikut adalah situasi-situasi yang menyebabkan saya menyukainya lebih panjang:-

Situasi (a)
Kalah dalam pertandingan Lumba lari 400m di sekolah saya(Ok ini tiada kaitan dengan LG Phone tapi ada kaitan dengan panjang). Puncanya adalah kaki pemenang itu adalah lebih panjang dari kaki saya.
(ini hanya gambar hiasan)

* Situasi 1 dan seterusnya ada kaitan dengan handphone dan panjang.

Situasi 1
Berehat di Starbuck pada hujung minggu adalah aktiviti mingguan kami. Biasanya saya melayari blog kawan2 menggunakan 3G phone saya jenama XXX. Memang tidak puas bila melihat tulisannya kecil,sidebar nya pun tak nampak,perlu scroll dan scroll lagi untuk lihat skyscraper Nuffnang.Leceh kan!

Situasi 2
Ketika outstation saya selalu 3G dengan suami saya tapi mukanya sangat kecil & tidak jelas dilihat. Memang tak puas lah tengok di skrin.

Situasi 3
Saya pun suka sms tapi letihnya nak tekan2 keypad tu. Memang la ada QWERTY keyboard jugak, tapi begitu sempit ruangnya, nak tekan pon tak selesa.Huruf rapat-rapat sangat.Maklum la ruang kecil sebab handphone pendek.

Situasi 4
Hanphone saya pendek tapi gemuk. Ia tidak selesa diletak di dalam poket.Ia juga tidak sedap dipegang.

Cukuplah dengan beberapa situasi buruk di atas membuatkan saya mencari sesuatu yang lebih baik; Ya, mencari handphone terbaik; handphone yang boleh masuk dalam poket saya tapi tak nampak; handphone yang saya boleh lihat gambar dengan lebih jelas; handphone yang boleh ganti notebook saya sebab saya tak boleh bawak notebook saya ke semua tempat.

I want my handphone to be longer when I watch this video:



Ya, saya menemui penyelesaian untuk setiap masalah di atas.


Solution 1
Dengan skrin yang lebih panjang ini, saya & para pengguna LG BL40 pasti teruja kerana kami tidak akan pernah merasa yang kami sebenarnya menggunakan handphone. Melayari internet menjadi lebih mudah dengan skrin berkelebaran 4 inci ini.
Ok, lagi satu paling best saya tak perlu scroll untuk lihat keseluruhan laman web itu dan saya boleh update blog di mana-mana saja.




Solution 2
Skrin panjang dengan resolusi 800 x 345 pixel ini membolehkan saya melihat wajah suami saya & wajah sesiapa sahaja dengan lebih jelas ketika kami 3G. Gambar-gambar yang diambil juga akan kelihatan lebih jelas. Tidak tipu kalau saya katakan saya juga boleh menonton AVATAR dengan menggunakan LG BL40 kerana pemandangannya hampir sama dengan saya menonton di LCD atau di cinema.


Solution 3
Handphone panjang ini memiliki QWERTY keyboard yang lebih luas ruangnya dan lebih selesa ditekan, lebih bagus & lebih mesra. Sekarang menaip SMS bukan lagi masalah malah boleh juga membalas email dengan pantas. Nak copy & paste pun begitu mudah, hanya gunakan 2 jari. Wanita berkerjaya seperti saya sememangnya memerlukan kemudahan ini, senang balas email bos & boleh juga 'cc' ke staff yang lain. Sedang tidur pun masih boleh balas email dengan cepat.


Solution 4
Sudah tentu saya juga akan lebih selesa berjalan walaupun handphone di poket kerana handphone panjang ini sangat kurus & ringan; tidak berbonjol; yang penting ia sedap dipegang.


Sekarang, adakah anda setuju jika saya katakan handphone yang lebih panjang sebenarnya adalah lebih baik. Ya, sentiasa lebih baik.
Photos more Crisp; Videos more true-to-life; Games more dynamic; Documents more Readable.. So, what else do you want?

Let's the conclusion be like this----> Longer is always better.

OK, mari kaitkan dengan kenyataan ini:
Semua orang mahu hidup lebih panjang. (Live Life Longer). Tetapi tidak ada orang yang mahu tua.

LG BL4o Chocolate is Longer, slim, & young (because it is always sexy).

That's Why I Like It Longer.


2 comments:

msmilo said...

good luck Aienull ;)

A.F.A. said...

tq k.aznein..saje je join..jum laa join skali ..hihi