Friday, February 26, 2010

12 Rabiulawal 1431 Hijrah


Bacalah dengan nama Tuhanmu

Rasulullah S.a.w meninggalkan untuk kita, kalam Allah yang berupa mukjizat serta sunnah yang jelas. Dengannya kita mampu memandu diri dan manusia untuk mengendalikan kehidupan menurut gaya dan matlamat yang diredhai Allah.

Kedua-duanya jika dijadikan panduan dan pedoman sepanjang kehidupan, nescaya hilang kesedihan dan ketakutan. Keduanya bakal menjauh kerana kecintaan kepada Allah dan RasulNya. Dunia dan isinya tidak lagi mampu mendapat tempat untuk perasaan itu. Tatkala itu, hidup dipenuhi rahmat Allah dan ketenangan hakiki.

Segala masalah duniawi bakal terasa begitu kerdil, masalah berkaitan dunia yang sering menekan jiwa pasti mampu diselesai. Namun kekuatan tidak akan mendatang tanpa latihan dan kesukaran memperolehinya. Namun hasilnya adalah satu hati yang dilindungi oleh ketaqwaan dan keimanan yang tulus. Sukar diganggu gugat oleh dunia yang sementara.

Oleh Zaharuddin.net

Salam Maulidur Rasul

No comments: