aienullLOVEfirdausfirdausLOVEaienull

Friday, August 7, 2009

Pertukaran Kiblat & Ulangtahun Perkahwinan

Semalam adalah 15 Sya'aban 1430H.

Semalam adalah Hari Nisfu Sya'aban.

1. Peristiwa bersejarah yg penah berlaku pada 15 Sya'aban adalah Peristiwa pertukaran Kiblat.

Allah s.w.t telah mengarahkan Rasul-Nya memindahkan kiblat sembahyang daripada Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis ke Baitullah di Mekah. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat, al-Bara’ bin Azib, maksudnya: ”Selepas Rasulullah sampai di Madinah al-Munawarah, baginda dan para sahabat bersembahyang berkiblatkan Baitulmaqdis selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan.”


Selepas tempoh tersebut barulah diturunkan wahyu menyuruh baginda berpaling ke Mekah. Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di dalam Masjid Qiblatain ketika Rasulullah s.a.w sedang menunaikan solat Asar.

Pertukaran kiblat menjadi isu besar di Madinah. Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah dengan memperlekehkan dakwah Rasulullah. Lalu turunlah ayat 142 Surah al-Baqarah yang bermaksud: “Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: ”Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ”Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.”

Peristiwa ini berlaku pada tahun kedua Hijrah, dalam bulan Syaaban. Kebenaran daripada Allah s.w.t untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah yang dikabulkan oleh Allah s.w.t. Ini kerana Rasulullah sudah sedemikian lama mengangkat atau menadah tangan baginda, berdoa dan memandang ke langit, memohon pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah s.a.w itu telah diperkenankan oleh Allah s.w.t pada bulan Syaaban.
Perkara itu telah dirakamkan oleh Allah s.w.t di dalam kitab suci Al-Quran Al-Karim dengan firman-Nya yang bermaksud:

“Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulaang menadah ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu palingkanlah muka ke arah Al-Masjidil Haram (tempat letaknya Kaabah) dan di mana sahaja kamu berada, maka hadapkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar daripada tuhan mereka, dan Allah s.w.t tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.”

2. Peristiwa bersejarah yag berlaku dlm hidup saya pada 15 Sya'aban adalah hari perkahwinan saya. Sedar tak sedar dah setahun kalendar Islam sy hidup berdua. Banyak liku2 dilalui bersama...cewahh..tapi Alhamdulillah, sy sgt2 bersyukur dgn kurniaan yg Allah beri pd sy..,kebahagiaan sebuah perkahwinan tu adalah kebahagiaan yg sgt besar yg x dpt dibandingkan dgn kebahagiaan2 yg lain.wahh ayat apekah ini..takpelah.,apepon.,sy berdoa dan sgt berharap agar ape yg sy dpt dan nikmati sekarang akan terus sy dapat dan nikmati selamanyaa.. Oleh itu, marilah kita sama2 berdoa supaya kita sentiasa disayangi suami kita.hehe.Seperti biasa., amalan Suruf Yusuf Ayat 4 & Surah ThaHaa Ayat 39 jgn dilupakan..dan adalah ayat2 pengasih yg lain,ikut amalan masing2 lah...Bagi yg belum berkahwin, boleh juga diamalkan supaya cepat dpt jodoh..insyaAllah.Kita hanya merancang,berikhtiar,berusaha,berdoa, dan segala bagai..tp Yang Maha Menentukan hanya Dia jua, Allah s.w.t.


"Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya," Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."


"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku."

5 comments:

kak maz said...

happy anniversary, girl..

sentiasa bahagia selama-lamanya, insyaAllah..

A.F.A. said...

Terima Kasih Kak Maz :)

fizz said...

selamat ulangtahun perkahwinan yg pertama sayangku ;;)

A.F.A. said...

wallap..pengantin baru komen.selama ulangminggu perkahwinan yg pertama..heheh..semoga bahagia slalo!!

QuEeN Of 2 Heroes said...

happy anniversary!!!!!
Jap jer da setaun ek...
Semoga berbahagia sentiasa... :)