SOLAT TASBIH
Solat ini dinamakan solat tasbih atau tasabih kerana didalamnya mengandungi 300 tasbih. Lafaz tasbih: Subhanallah, wal hamdulillah, wala ilaha illa Allah, wallahu akbar.
KELEBIHAN TASBIH
Sabda Rasulullah:
Sabda Rasulullah:
Sabda Rasulullah:
Pernah Rasulullah bertanya kepada para sahabat: Tidakkah seseorang itu merasa lemah untuk melakukan seribu (1,000) kebaikan setiap hari? Lalu salah seorang sahabat bertanya: Bagaimana seseorang dari kami boleh melakukan seribu kebaikan? Jawab Nabi: Bertasbihlah dengan seratus (100) kali tasbih. Nanti Allah akan tuliskan untuknya 1000 kebaikan dan menghapuskan 1000 kesalahan.
Rasulullah bersabda:
Aku bertemu Nabi Ibrahim pada malam aku di “Isra’ ”kan. Nabi Ibrahim berpesan: Wahai Muhammad, sampaikan salam aku kepada umatmu. Beritahu mereka, bahawa syurga itu tanahnya amat subur, amat tawar airnya. Di sana ada tanah kosong yang tidak mempunyai pokok. Untuk menanamnya bacalah: Subhanallah, wal hamdulillah, wala ilaha illa Allah, wallahu akbar.
TATACARA SOLAT TASBIH
Niat Solat Tasbih:
Siang : Sahaja aku sembahyang sunat tasbih 4 rakaat kerana Allah Ta’ala.
Tatacara solat Tasbih telah dijelaskan oleh Rasulullah kepada bapa saudaranya, Abbas seperti hadith berikut.
Daripada Abi Rafi’ r.h, Dia berkata, Rasulullah berpesan kepada Abbas: Wahai bapa saudaraku, tidakkah engkau mahu aku hubungi silaturahim dengan engkau, tidakkah engkau mahu aku menyintai engkau, tidakkah engkau mahu aku memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada engkau?. Jawab Abbas: Mahu ya Rasulallah. Sabda Rasulullah: Sembahyanglah empat (4) rakaat. Engkau bacakan pada setiap rakaat, Surah al-Fatihah dan diikuti dengan membaca surah. Selepas itu bacalah (tasbih): Allahhu akbar, walhamdulillahi, wasubhana Allah 15 kali sebelum engkau ruku”. Kemudian ruku’ dan baca (tasbih) 10 kali. Kemudian angkat kepala kamu (‘iktidal) dan baca (tasbih) 10 kali. Kemudian sujud, bacalah (tasbih) 10 kali. Kemudian angkat kepala engkau (duduk antara dua sujud) dan bacalah (tasbih) 10 kali. Kemudian sujud dan bacalah (tasbih) 10 kali dan sebelum engkau bangun berdiri (10 kali tasbih). Maka kesemua itu 75 (tasbih) pada setiap rakaat, dan jumlah semuanya pada 4 rakaat sebanyak 300 kali. (HR Turmuzi)
KELEBIHAN SOLAT TASBIH
… (Wahai bapa saudaraku) kalaulah dosa engkau sebanyak pasir, Allah akan ampunkan dosa engkau. (HR Turmuzi)
KEDUDUKAN SOLAT TASBIH
…Abbas bertanya: Siapakah yang mampu untuk menunaikannya pada (tiap-tiap) hari?. Sabda Rasulullah: Jika engkau tidak mampu melakukannya setiap hari, lakukanlah pada setiap Jumaat (sekali seminggu). Sekiranya tidak mampu melakukan pada setiap Jumaat, lakukanlah pada setiap bulan. Rasulullah terus menjelaskan sehingga beliau bersabda: Lakukanlah walaupun setahun (sekali). HR Turmuzi
HUKUM SOLAT TASBIH
Alhamdulillah.,Jumaat yg lepas saya berkesempatan menunaikan solat tasbih bersama-sama muslimat di menara Tm diimamkan oleh seorang Ustazah yg sy kagum sgt tgk die & rasa nk jd mcm die.hehe.. InsyaAllah..
Solat Tasbih ni kalau dilakukan dgn betul² khusyuk InsyaAllah akan menangis..menangis mengenangkan diri yg sgt lemah ni.,menangis kerana byk sgt dosa yg kite dah buat..ape pun bkn hanya menangis je., yg pentingnya adalah keinsafan dlm diri.
Jum lah sama² kita buat & buat lagi Solat Tasbih.
Salam Ramadhan.
3 comments:
ko p ke?? tak p pun sbb takda member.lgpun nk berjalan ke manara time pose sorang2 malas la.
kite tak dpt pi... period haritu.. :(
Ainul, pegi..alaa nape xckp.kalo x leh g sama2..kite g ngan pn aminah ngan pn fatimah je.xde geng..
erna.,alahai..xde rezeki la tu..xpe,nnt bebile berpeluang lg boleh g..insyaAllah
Post a Comment