aienullLOVEfirdausfirdausLOVEaienull
Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts

Thursday, December 17, 2009

Doa Akhir Tahun

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Friday, August 15, 2008

seribu dinar

Maksudnya ialah : “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

Ya Allah.,aku memohon rezeki yg halal dariMu ya Allah..

Dah tinggal lg 2 hari sblm majlis.,barulah terasa2 banyaknya duit habis.. x elok nk mengeluh.,ini mmg normal utk setiap pasangan yg akan berkahwin mmg perlu sedia wang yg banyakk untuk pelbagai menda., nk bayar duit baju la.,duit fotografer la.,duit catering .,duit perjalanan ..huhu mcm2 lagi..,malas nk pikir2..banyak duit saya habis.,lagi banyak duit die habis.., saya pun tahu banyak dugaan kat die tp sy harap die sabar slalo..,i know u r strong ;)

hmm.,td dh pegi try baju..ok la.,xnak baju ketat trus dpt baju besar..:p **baju saya besar** **baju sy besar** hehe.. tp ok la.,cuma baju nikah sy agak meriah dgn manik jd makcik tailor mintak sy pakai baju tu utk majlis & baju pink gold tu utk akad sbb die ckp die lagi bekenan sy pakai baju putih itu..hehe..x boley la makcik.,sy mmg dh set baju pink gold itu utk majlis w'pun die kebesaran.,hik3...xkisah lah..yg penting akad.,sy pon xnak telebih lawa :)) cukup la ala kadar asalkan sume selamat.,insyaAllah...

ok lah.nk stop setakat ni. btw thanx to kwn2 yg ikhlas nk dtg ke sini.,
luv u guys..
salam.