aienullLOVEfirdausfirdausLOVEaienull

Saturday, September 11, 2010

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum warahmatullah..

Alhamdulillah kita semua berjaya menghabiskan Ramadhan tahun ni & dapat sama-sama menyambut Syawal..

Syawal tahun ni seronok..beraya di Rumahku syurgaku di Perlis..hehe..kat Kuantan thn lpas pun seronok..Tahun ni adalah tahun ke-3 kami beraya bersama..hee..
Kisah nk blk raya thn ni agak horror., sbb kereta kesayangan kami buat hal lg beberapa hari sblm raya..so terpaksa amik keputusan blk dgn bas..naik pulak bas di mlm hari..sungguh tak gemar..tp best sbb blk lama 10hari ni kat perlis..6hb haritu dh blk smpi 16hb..pastu smbg beraya di kl sblm masuk keje blk on 20th..lama btol cuti paksa tm bg ;p

Neway., kiteorg ni baju raya pun tak beli..haha..Firdaus mmg tiap2 tahun x beli baju raya tp sib baik ada jubah dr mekah yg bapak mertua die bagi..;p
saya.,mmg tak dan nk p beli baju raya..tau2 dh nk raya ;p makanya pakai la baju mana ada..;p

Rezeki ramadhan & syawal tahun ni alhamdulillah..tak yah beli kuih raya sbb dpt byk sgt hamper & hadiah kuih raya., dpt lagi vouchers...hee thanx to yg memberi..

Alhamdulillah Ramadhan tahun ni lebih bermakna...
Walaupun masih tak dapat berpuasa penuh..(sobbsss..) tp takpelah., belum rezeki utk berpuasa penuh...

Dapat menunaikan Solat sunat Tarawih lebih banyak dari tahun sebelumnya.,walaupun tak penuh jugak tapi at least lebih dr separuh..hehe..
Undangan beberapa majlis berbuka di luar mmg buat tak sempat p tarawih..

Khatam al-Quran., belum berjaya jugak...sbb sehingga 1 Syawal masih berada di Juz 26..hehe.tercicir sket lpas ketinggalan puasa selama 6 hari...
InsyaAllah akan bersambung hari ni & seterusnya..

Diharap Ramadhan ini dapat membentuk diri supaya terus-terusan menjadi hamba Allah yg terbaik..insyaAllah...

Akhir kata , Selamat menyambut Aidilfitri .. Mohon maaf Zahir & Batin atas kesilapan kata.,
terover menulis blog ke., terlebih tingkah laku yg buatkan org tak senang..Mohon maaf dari kami ..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Tuesday, August 17, 2010

Solat Tasbih



SOLAT TASBIH

Solat ini dinamakan solat tasbih atau tasabih kerana didalamnya mengandungi 300 tasbih. Lafaz tasbih: Subhanallah, wal hamdulillah, wala ilaha illa Allah, wallahu akbar.

KELEBIHAN TASBIH

Banyak kelebihan bertasbih memuji Allah. Antaranya:

Sabda Rasulullah:

Dua kalimah yang mudah diucapkan oleh lidah, tetapi kedua-dua kalimah itu berat pada timbangan Allah, kedua-dua kalimah itu disukai oleh Tuhan al-Rahman iaitu: Subhanallahi wabihamdihi, subhanallah al ‘azim.

Sabda Rasulullah:

Bahawa aku ucapkan: Subhanallah, wal hamdulillah, wala ilaha illa Allah, wallahu akbar; lebih aku sukai dari segala apa yang ada pada hari itu.

Sabda Rasulullah:

Empat perkataan yang amat disukai oleh Allah Ta’ala, yang tidak menjadi masalah engkau memulakannya dengan menyebut mana-mana dahulu: Subhanallah, wal hamdulillah, wala ilaha illa Allah, wallahu akbar.
Pernah Rasulullah bertanya kepada para sahabat: Tidakkah seseorang itu merasa lemah untuk melakukan seribu (1,000) kebaikan setiap hari? Lalu salah seorang sahabat bertanya: Bagaimana seseorang dari kami boleh melakukan seribu kebaikan? Jawab Nabi: Bertasbihlah dengan seratus (100) kali tasbih. Nanti Allah akan tuliskan untuknya 1000 kebaikan dan menghapuskan 1000 kesalahan.
Rasulullah bersabda:

Aku bertemu Nabi Ibrahim pada malam aku di “Isra’ ”kan. Nabi Ibrahim berpesan: Wahai Muhammad, sampaikan salam aku kepada umatmu. Beritahu mereka, bahawa syurga itu tanahnya amat subur, amat tawar airnya. Di sana ada tanah kosong yang tidak mempunyai pokok. Untuk menanamnya bacalah: Subhanallah, wal hamdulillah, wala ilaha illa Allah, wallahu akbar.

TATACARA SOLAT TASBIH

Solat Tasbih sama seperti solat-solat sunat yang lain. Cuma solat tasbih mengandungi bacaan tasbih yang banyak. Solat ini dilakukan sebanyak 4 rakaat. Jika dilakukan pada sebelah malam, lakukanlah 2 rakaat dengan satu salam. Kemudian teruskan pula dua rakaat lagi dengan satu salam. Sempurnalah 4 rakaat. Jika dilakukan pada sebelah siang, lakukanlah 4 rakaat berterusan dengan satu salam sahaja.

Niat Solat Tasbih:

Malam : Sahaja aku sembahyang sunat tasbih 2 rakaat kerana Allah Ta’ala.
Siang : Sahaja aku sembahyang sunat tasbih 4 rakaat kerana Allah Ta’ala.

Tatacara solat Tasbih telah dijelaskan oleh Rasulullah kepada bapa saudaranya, Abbas seperti hadith berikut.

Daripada Abi Rafi’ r.h, Dia berkata, Rasulullah berpesan kepada Abbas: Wahai bapa saudaraku, tidakkah engkau mahu aku hubungi silaturahim dengan engkau, tidakkah engkau mahu aku menyintai engkau, tidakkah engkau mahu aku memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada engkau?. Jawab Abbas: Mahu ya Rasulallah. Sabda Rasulullah: Sembahyanglah empat (4) rakaat. Engkau bacakan pada setiap rakaat, Surah al-Fatihah dan diikuti dengan membaca surah. Selepas itu bacalah (tasbih): Allahhu akbar, walhamdulillahi, wasubhana Allah 15 kali sebelum engkau ruku”. Kemudian ruku’ dan baca (tasbih) 10 kali. Kemudian angkat kepala kamu (‘iktidal) dan baca (tasbih) 10 kali. Kemudian sujud, bacalah (tasbih) 10 kali. Kemudian angkat kepala engkau (duduk antara dua sujud) dan bacalah (tasbih) 10 kali. Kemudian sujud dan bacalah (tasbih) 10 kali dan sebelum engkau bangun berdiri (10 kali tasbih). Maka kesemua itu 75 (tasbih) pada setiap rakaat, dan jumlah semuanya pada 4 rakaat sebanyak 300 kali. (HR Turmuzi)

KELEBIHAN SOLAT TASBIH

Selain kelebihan pahala bertasbih, Solat Tasbih juga adalah penebus dosa. Sabda Rasulullah s.a.w:

… (Wahai bapa saudaraku) kalaulah dosa engkau sebanyak pasir, Allah akan ampunkan dosa engkau. (HR Turmuzi)

KEDUDUKAN SOLAT TASBIH

Setelah Rasulullah menjelaskan tatacara Solat Tasbih kepada Abbas, Baginda menjelaskan pula kedudukan atau tuntutannya.

…Abbas bertanya: Siapakah yang mampu untuk menunaikannya pada (tiap-tiap) hari?. Sabda Rasulullah: Jika engkau tidak mampu melakukannya setiap hari, lakukanlah pada setiap Jumaat (sekali seminggu). Sekiranya tidak mampu melakukan pada setiap Jumaat, lakukanlah pada setiap bulan. Rasulullah terus menjelaskan sehingga beliau bersabda: Lakukanlah walaupun setahun (sekali). HR Turmuzi

HUKUM SOLAT TASBIH

Bagi kebanyakan ulama Mazhab Syafie, Solat Tasbih hukumnya sunat. Pendapat ini antaranya dikemukakan oleh Abu Muhammad al-Baghawi dan Abu Mahasin al-Ruyani. Demikian juga dengan pendapat salaf, Abdullah bin al-Mubarak. Sungguhpun begitu, ulama hadith tidak menerima hadith mengenai solat tasbih dan mengatakan hadith tersebut adalah gharib dan daif. Namun hadith mengenai kelebihan membaca tasbih adalah sahih. Wallahu‘alam.




Alhamdulillah.,Jumaat yg lepas saya berkesempatan menunaikan solat tasbih bersama-sama muslimat di menara Tm diimamkan oleh seorang Ustazah yg sy kagum sgt tgk die & rasa nk jd mcm die.hehe.. InsyaAllah..

Solat Tasbih ni kalau dilakukan dgn betul² khusyuk InsyaAllah akan menangis..menangis mengenangkan diri yg sgt lemah ni.,menangis kerana byk sgt dosa yg kite dah buat..ape pun bkn hanya menangis je., yg pentingnya adalah keinsafan dlm diri.

Jum lah sama² kita buat & buat lagi Solat Tasbih.

Salam Ramadhan.

Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan

Assalamualaikum..


Salam Ramadhan buat semua kawan²., mohon maaf zahir batin jika ada salah silap disedari atau tidak disedari., dalam hati ataupon melalui kata²..


Semoga kita sama-sama mendapat rahmat, barakah & keampunan di bulan mulia ini.


Selamat menunaikan ibadat puasa..

Selamat menunaikan solat Tarawih..

Selamat mengkhatam al-Quran..

Selamat berdoa..berdoa ..& berdoa...

Selamat mengumpul pahala..


Selamat-selamat semuanya..hehe..


Assalamualaikum.


p/s; tingin nk update blog tp x sempat..kalau la sehari ada 48jam..heee..

Wednesday, August 4, 2010

Salam Ramadhan

Assalamualaikum..

Lagi seminggu nak puasa..yayy..saya dh dapat kad salam ramadhan dari muhammad fahmi yg comeyyyy...

Time Kasih Muhammad Fahmi & mama...

Muahhxx..hehe...




Saturday, July 31, 2010

Cuti-cuti Malaysia

Last week saya pegi outstation.meeting kat penang pastu terus sambung survey kat perlis..
balik kampung sowang2 tinggi suami terchenta =D
hari ahad baru blk KL...

Pastu.,seperti dirancang kami pergi bercuti2 di melaka hari Isnin & Selasa..

Firdaus tgh habiskan cuti die sbb die dh abih contract bulan ni., sy ni tak yah ckp la..cuti ada 30 hari lg..mmg nk kena habiskan laa..awal2 tahun kedekut tanak pakai.,dah akhir2 tahun baru sebuk nk habiskan..takpe..,tahun 2010 ada 5 bulan lagi..


Kami pilih melaka., tapi percutian itu adalah percutian hotel & jalan2 cari makan je..
nak kata p jalan tempat2 menarik di melaka mmg tak laaa...dah kata duk melaka 5thn., kota a famosa tu pun dh 10kali panjat..haha tipu.

dah sampai melaka.,windu gilerr kat makanan2 die..,windu nasik lemak janda; windu asam pedas daging tetel; windu sotong goreng tepung kat umbai; ikan bakar; bla.. bla.. bla..heee


kol 550pg dh bgn ;p siap2 pastu 7 cmtu gerak., sampai melaka dlm 840.. pastu firdaus bawak g roti tampal yg femes gile di kalangan bdk2 mmu...yg peliknya saya tak penah pegi lgsg sana sepanjang 5 thn dulu.. pastu makan la., firdaus yg kempunan sgt tu makan sampai 2..lpas tu pening sbb over kenyang... sy makan 1 je..=D ..

die kenyang la tu..dh abih mkn br nk amik gamba..

pastu gi MMU...igtkan takleh msk upanya boleh je eh..msk la round mmu..nampak court tennis.,windu yg amat nk main tenis :( .. pastu tgk CLC ..lecture hall tu..pastu toilet die pon pegi..haha..pastu g jenguk2 libry..pastu g pdg bola tgk dh kena roboh...pastu g FET..hihi..pastu kuar..
padang bola dah ilang..

FET best =p

lpas abih pusing mmu kiteorg pegi Jusco melaka yg baru tu..besarrr.,mcm2 ade tp x beli ape2 pon =D

pastu jalan2 pegi tmpt yg tak penah pegi sbb dulu takder... melaka river cruise..haha..naik bot tgk alam..sama je mcm kat mines tu..tp besh la jugak tgk rumah2 melayu melaka..tgk bangunan2 klasik die..suka2..hihi
Taragon.


jambatan..


tibe2 ada monorel kat melaka...

pastu jalan2 jap sbb tatau nk gi mane dah..duk dalam kete je sambil bergerak tgk bangunan2 je..hihihi..pastu gi hotel..duk hotel king je dpan hospital pantai tu... ok la jugak dari seri msia ;p berangan nk duduk hotel 5 bintang tapi firdaus kan penjimat negara ..heee...

pastu duduk je la hotel dgn bahagianya..sampai ke ptg..duk dlm bilik berborak smbl mengarut smbil tdo smbil tgk tv sampai kol 3 baru pikir makanan..lapar2..


pening nk makan mana.semua nak mkn.rasa mcm nk makan windmill.,tp tetibe tingin nasik lemak janda..pegi nasik lemak janda..lalu dpan tu.masa tu 330 kot..nmpk mcm ayam xder lagi..so malu., berlalu pegi..terus pikir nk asam pedas..pastu pegi asam pedas apple tu..manenye nk bukak lg siang..yg belakang apple tu my feveret dulu.,pun x bukak..malang nasib..patah balik nasik lemak janda..masa tu kol 410..tgk ayam xde gak lg.pastu tnye makcik tu..die ckp kol 430...kami pun p melepak kat emerald park..waahhh gitu..rumah lamaku..cinta berputik kembali..hee..tunggu2 sampai 440 cmtu..baru pegi balik..yayy nasi dah ready..maka kami makan dgn bahagia...sebenarnya firdaus penah mkn sekali je nasik lemak janda sepanjang die duk mmu..heee..kalo sy dgn hosmet dulu p joging ptg2 balik tu melantak nasik lemak janda..kurus sekejap je lpas joging..pastu gemok balik..hihi

tgh menikmati nasi lemak

pastu balik hotel..tapau ayam ngan hati ayam..haha.sblm tu singgah dataran tepi jusco tu posing2 macam hindustan dulu...

sebuk nak pegang bunga2 an =D

budak tak reti senyum..heee

malam tu kiteorg pegi umbai..lewat dh pegi., kol 9 cmtu baru kuar..duk cari2 sbb mcm x berapa igt jln. tp x sesat pon..pastu sampai..order sikit je..sbb masa tu rasa ayam janda still duk kat tekak lg..still kenyang laa kiranya..tu melengah2 tu..amik ikan pari bakar je., ngan sotong goreng tepung wajib..ngan sayur sket.. tu je..tp makan licin la jugak..hehe..sedappp..pastu balik.sblm smpi hotel tgk2 la keindahan malam di bandar melaka..lalu depa jonker walk..windu kat laksa baba nyonya kat situ tp isnin jonker walk x buka pon..kalo x, leh g..waa...

pintu gerbang jonker walk..

lpas tu balik hotel...tdooo..esok pg bgn p bekfes..pastu lepak dlm bilik smpi kol 12..pastu check out..g bandar jap..jln dataran pahlawan..nak naik menara taming sari..tp kite 2 org je...sangat la tak meriahnyaaa..tak pasal2 nk p bercinta atas puncak langit 2 org...maka kami tak naik...terus gi mkn...makan kat restoren lot 85..ni pon tpt lunch feveret gak dulu..dapat la makan sedikit asam pedas daging tetel..dpt saki baki je sbb dh nk abih..huuu..tp gembira jugak..lpas tu balikkkkk... =D

Thursday, July 15, 2010

Friendly Blogger Award

saya dapat keje sekolah..:O
friendly blogger award ;p
first time dapat..hehehe ..besh gak eh.,mengeratkan silaturrahim sesame bloggers eh..hihih
dis one from
ibu darwish
tiqueeee..

kijer skolanye senang je..

1) Nama samaran yang paling anda suka dalam hidup anda dan kenapa?
takde nama samaran yg paling suka..sbb nama samaran pun satu je.. aienull...hihi
semua owg pun panggey aienull hehe..spelling nye aienull; sebutnye ainul ..=D

2) Berikan pendapat ikhlas yang ringkas tapi padat tentang blogger yang tag award ini kepada anda. Cadangan, pujian @ kritikan diterima dengan hati terbuka.
ibu darwish@nadia@biras saya ni adalah seorang wanita muda yg gagah & hebat sbb die lah isteri; die lah ibu kpd anak kicik; die lah wanita bekerjaya; die lah student & die jugak blogger yg pandai menulis..hehehe

3) Senaraikan 6 teman blogger yang anda mahu tag untuk menerima award ini yang dirasakan sangatlah friendly:
http://jasinda81.blogspot.com/ - Inda
http://janji2hati.wordpress.com/ - kak Maz
http://meismilo.blogspot.com/ -kak Aznein
http://liltle-sophea.blogspot.com/ -Olink
http://eyedalicious.blogspot.com/ -Eyeda

lagi 1 org sape2 yg rajin wat silakan..hehehe..

ok Assalamualaikum..

Monday, July 12, 2010

Final WC


saya tak tido lg sebab nk tgk final WC :o
x pasal2 nk tgk bola kan..saje je sbb final..

dannn.. both fave team masuk final..
sy tiru fidaus..die sokong ape; sy sokong yg tu la..
die sokong oranje.,sy sokong oranje.,
die sokong espana., sy sokong espana la., hihihi..

sblm wc bermula., fidaus beli 2 lai jersey wc iaitu netherland & spain.,
sebabbb..netherland ade van persie; spain ader fabregas.., tu jeeee....
die kan kipas susah mati arsenal ;p
hebatnyaaa dua2 msk final..
skrg tatau sokong ape.. sy mcm sokong oranje lebey..

sotong tu ramal spain menang..syirik2..

ape pun jumm tgk...taaa...

Friday, July 2, 2010

Panas

Ini baru panas kat dunia.. SubahanAllah..

Alang² tgh panas & busan ni baik la sy tulis blog.. Ofis kami dan yg sewaktu dgnnya dilanda kepanasan sbb takder aircond..,semua bgnan tm ni xder ekon..subhanAllah..bukan la panas berapi., tp berpeluh yg melekit lekit tu..membuatkan badanku belengas., & ofis ni busuk..hihihi...tak der la busuk tp tak wangi..


Pulak tu., sekarang pukol 6ptg., supposed jumaat blk kol 5 tp suami ku yg sgt komited pada pekerjaannya tu slalo nk blk lambat. sedih. hari² ada isu kerja die. smlm sy berjalan menapak ke jrc sbb x tahan tunggu die dlm oven ni., pastu lepak kat ofis die smpi mlm menjelma.hari ni tatau., mcm takder tanda² nak balik.


Lunch td., sy ngan hazirah pegi midvalley.kuar awal., blk lambat sbb nk duk lama cikit dlm ekon...nanana..kami lunch kat saya punya feveret restoren ever after..wawawa..Belanga. apa lagi sy wajib mkn "nasi kerabu with Grilled Beef Tenderloin"..wahhh sedap..sekarang lapar balik sbbb teringat..yummiee...






Wiken., saya bakal duduk sorang kat rumah sbb Firdaus kena pegi team building kat Morib..
Mungkin saya akan mendobi rumah utk mengelak kebusanan..sobbss..


Assalamualaikum..

Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yg akan kepanasan di Akhirat kelak :(

Monday, June 28, 2010

Congrats Fiza

My bestie,Fiza dah selamat bersalin baby gurl kol 1pg smlm..
2.85kg normal delivery..
pagi2 buta die msg suh p tgk klon laki die tu..haha..

Baru last 3days nampak die duk bebel kat blog die ckp baby degil tanak kuar agi..
haa kan dh kuar..
tp terlambat 2 hari .,kalo tak dh sama bday ngan aunty aienull ;p

Neway., Congrats Darl..:"> tungguu...nanti kite g jmpa baby..hihihi..


Aienull., bile lagi.. : (

Saturday, June 26, 2010

i'm 26

i know.,its been a while since my last post...
i was quite busy with.... my farm..haha--> teruk.

ekceli.,takde alasan..byk idea nk tulis tapi malas nk menaip..

4th June was Firdaus birthday., say Happy Belated Birthday to him..he is 28..:)
Today, 26th June.. its my birthday & im 26..
terasa tua..
tua sebab..at the age of 26., i still dun get what i want yet..

wish me luck..

ok dah tatau nk tulis ape.nk pegi ciap2.. firdaus nk belanja mkn di tempat besh.,
& nk pegi pilih hadiah..hihi lucu.

happy birthday to me..;p
tq to semua yg wish,.

lpas ni sy nak rajin update blog ;p