Friday, March 16, 2012
Setahun..
Tuesday, February 8, 2011
Labu Oh Labu
Tapi maaf kepada yg memberi, saya tak tau sape yg bawak labu tu sebenarnya...tau2 dieorg duk potong labu., pastu dh siap letak atas meja...hee Terima Kasih..
Saya seorang yg kurang kenal dgn labu...bila dapat labu., saya duk pening.. nak buat ape ngan mende kuning ni...tak penah ku masak..beli pun tak penah...pastu pakat2 duk bagi cadangan,,,buat pengat labu la., jemput2 labu la..,masak lemak labu la...tiba2 saya pun terbayang masak lemak labu yg macam sedap je...selalu tgk kat kedai ade je masak lemak labu., tapi rasanya belum pernah amik lg...nk masak., tak brapa tau camne..,(tp rasa mcm senang ;p)
so tak nampak lagi saper yg boleh tlg ajar masak lemak labu selain mr gugel...
Dapat la dari blog Kak Hanieliza., tp die wat labu & kangkung... Sebab kami adalah peminat setia bayam, maka saya wat labu & bayam...
So, ni resipi ala saya...
MASAK LEMAK LABU & BAYAM
Labu
Air
Udang Kering
Bawang Besar
Santan pekat
Bayam
Sedikit Garam
Sedikit Gula
1.Masuk labu, air, udang kering -panaskan sampai labu lembut
2.Masuk bawang besar, santan & garam/gula secukup rasa..biar mendidih lagi
3.Masuk bayam,biar sekejap..then boleh angkat & hidang
Wahhh..,semudah 1,2,3 rupanyaa....Jadi laa Masak Lemak Labu & Bayam
Sepatutnya ada cili merah sket wat cantik tapi terlupa plak nak beli...stok kat rumah pun habis...
Pastu, makan dengan Dori Black Pepper., tak sesuai kan... gabungan makanan yg bg saya sangat tak sesuai., tapi tatau kenape masak tu...sebab dori je yg ada kat umah selain salmon...pastu Fidaus nak suh buat dori tu jadi mcm daging black pepper yg saya masak haritu..maka jadi laa Dori Black Pepper..
Sedapp....
Sekarang tgh kenyang..,tapi sakit perut.. huhu
Sunday, February 6, 2011
Cuti CNY
cuti kali ni balik 5 hari ..isnin sampai jumaat..sib baik balik kl semalam...kalo blk harini tak tau camne jamm..x sanggup nk mengharungi jamm balik jugak semalam...hehe..kalo x., mau 10-12 jam perjalanan...hu hu...
Kali ni TM paksa cuti 1 hari je... ;p 2hb...untung duk KL ada hari wilayah dekat2 ngan CNY..heee ..31hb sy apply replacement ..so total cuti = 9 hari lg..lama..lama...mesti malas nk p keja isnin ni...*yawn*
so blk smlm penat.terus tiido...sampai umah dh 12++ sbb bertolak lewat..,harini bgn agak lewat sbb penat ;p maka lunch kat ayam kampung je...malam baru masak...
Tak tau nk masak apa., tgk ada bihun xtra dlm almari., ada bunga kubis sket...,ada daging xtra sket....so wat bihun hailam..tapi tak jadi..haha..tp boleh la mkn., takder la rasa nk muntah blk kot..;p
cing...cingg..bihun hailam tak jadi...
sama je gambar dgn yg sblm2 ni...pinggan tu je la yg ada pun kat umah ni...
Saturday, January 29, 2011
Teh Tarik Place
Friday, January 21, 2011
Makanan
my 1st entry in 2011..,
memandangkan lama sgt dah x update blog, saya pun konfius tak tau nak mula kat mana.tatau nak citer pasal apa..banyak sgt dah citer yg saya tak update..(..at least utk diri sendiri baca balik )..
oleh sebab, tak tau nk mulakan dgn apa..saya tampal gambar2 makanan..sebab sekarang saya tgh dalam musim suka memasak... menonton tv pun Asian Food Channel 24/7.. he he..melawat blog pun, blog2 yg ada makanan saja..
ohh., seronok memasak bukan bermakna seronok makan...nafsu gajah sy terhadap makanan dah takder lagi...tak macam dulu nampak makanan(lagi2 free) mesti nk ber++ 2-3 kali...sekarang insaf sejak baca article Kevin Zahri..hihihi..tak pasal2..
Oh ni dinner tak sihat (jgn tiru) - sandwich tuna + choc indulgence + ribena ..(ohh cake tu takder la masak sendiri....)
Ni tenggiri kukus + kubis telur .. tenggiri tu nmpk tak cantik sbb tak pandai hias..tp die sedap je...:p
Friday, December 31, 2010
Bye 2o1o
Thursday, October 14, 2010
Outstation & Bosan
wahh lama nya tak update blog..time2 mcm ni la boleh update blog.. time pegi outstation..duduk hotel sowang2..ngadap pc je..busan amat ye..
smlm dtg penang untuk miting pg td..ramai2 dtg berkampung kat penangg..besh sbb smlm dpt mkn best kat Teluk Tempoyak.kalo dtg sini mesti dieorg bwk g situ..tgh hari td lunch dkat tmpt best gak..sume mkn smpi tgal bunga pinggan...kenyang mkn ikan duk penang ni..hihi
lpas lunch trus check in otel lain plak..smlm duduk ngan ofismet.harini die dh blk,,.harini sume kaum ibu dh blk..tgal kite sorang..kaum bapa pegi photography ..harap2 mlm ni dieorg amik bwk gi mkn tmpt best lg..kalo x, lapa la kite smpi esok pg...
pg esok smbg miting sket lg pastu boleh balik...
urmm agaknye tu je yg sy bley taip...tibe2 kekeringan idea...
salam..
Saturday, September 11, 2010
Salam Aidilfitri
Alhamdulillah kita semua berjaya menghabiskan Ramadhan tahun ni & dapat sama-sama menyambut Syawal..
Syawal tahun ni seronok..beraya di Rumahku syurgaku di Perlis..hehe..kat Kuantan thn lpas pun seronok..Tahun ni adalah tahun ke-3 kami beraya bersama..hee..
Kisah nk blk raya thn ni agak horror., sbb kereta kesayangan kami buat hal lg beberapa hari sblm raya..so terpaksa amik keputusan blk dgn bas..naik pulak bas di mlm hari..sungguh tak gemar..tp best sbb blk lama 10hari ni kat perlis..6hb haritu dh blk smpi 16hb..pastu smbg beraya di kl sblm masuk keje blk on 20th..lama btol cuti paksa tm bg ;p
Neway., kiteorg ni baju raya pun tak beli..haha..Firdaus mmg tiap2 tahun x beli baju raya tp sib baik ada jubah dr mekah yg bapak mertua die bagi..;p
saya.,mmg tak dan nk p beli baju raya..tau2 dh nk raya ;p makanya pakai la baju mana ada..;p
Rezeki ramadhan & syawal tahun ni alhamdulillah..tak yah beli kuih raya sbb dpt byk sgt hamper & hadiah kuih raya., dpt lagi vouchers...hee thanx to yg memberi..
Alhamdulillah Ramadhan tahun ni lebih bermakna...
Walaupun masih tak dapat berpuasa penuh..(sobbsss..) tp takpelah., belum rezeki utk berpuasa penuh...
Dapat menunaikan Solat sunat Tarawih lebih banyak dari tahun sebelumnya.,walaupun tak penuh jugak tapi at least lebih dr separuh..hehe..
Undangan beberapa majlis berbuka di luar mmg buat tak sempat p tarawih..
Khatam al-Quran., belum berjaya jugak...sbb sehingga 1 Syawal masih berada di Juz 26..hehe.tercicir sket lpas ketinggalan puasa selama 6 hari...
InsyaAllah akan bersambung hari ni & seterusnya..
Diharap Ramadhan ini dapat membentuk diri supaya terus-terusan menjadi hamba Allah yg terbaik..insyaAllah...
Akhir kata , Selamat menyambut Aidilfitri .. Mohon maaf Zahir & Batin atas kesilapan kata.,
terover menulis blog ke., terlebih tingkah laku yg buatkan org tak senang..Mohon maaf dari kami ..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Tuesday, August 17, 2010
Solat Tasbih
SOLAT TASBIH
Solat ini dinamakan solat tasbih atau tasabih kerana didalamnya mengandungi 300 tasbih. Lafaz tasbih: Subhanallah, wal hamdulillah, wala ilaha illa Allah, wallahu akbar.
KELEBIHAN TASBIH
Sabda Rasulullah:
Sabda Rasulullah:
Sabda Rasulullah:
Pernah Rasulullah bertanya kepada para sahabat: Tidakkah seseorang itu merasa lemah untuk melakukan seribu (1,000) kebaikan setiap hari? Lalu salah seorang sahabat bertanya: Bagaimana seseorang dari kami boleh melakukan seribu kebaikan? Jawab Nabi: Bertasbihlah dengan seratus (100) kali tasbih. Nanti Allah akan tuliskan untuknya 1000 kebaikan dan menghapuskan 1000 kesalahan.
Rasulullah bersabda:
Aku bertemu Nabi Ibrahim pada malam aku di “Isra’ ”kan. Nabi Ibrahim berpesan: Wahai Muhammad, sampaikan salam aku kepada umatmu. Beritahu mereka, bahawa syurga itu tanahnya amat subur, amat tawar airnya. Di sana ada tanah kosong yang tidak mempunyai pokok. Untuk menanamnya bacalah: Subhanallah, wal hamdulillah, wala ilaha illa Allah, wallahu akbar.
TATACARA SOLAT TASBIH
Niat Solat Tasbih:
Siang : Sahaja aku sembahyang sunat tasbih 4 rakaat kerana Allah Ta’ala.
Tatacara solat Tasbih telah dijelaskan oleh Rasulullah kepada bapa saudaranya, Abbas seperti hadith berikut.
Daripada Abi Rafi’ r.h, Dia berkata, Rasulullah berpesan kepada Abbas: Wahai bapa saudaraku, tidakkah engkau mahu aku hubungi silaturahim dengan engkau, tidakkah engkau mahu aku menyintai engkau, tidakkah engkau mahu aku memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada engkau?. Jawab Abbas: Mahu ya Rasulallah. Sabda Rasulullah: Sembahyanglah empat (4) rakaat. Engkau bacakan pada setiap rakaat, Surah al-Fatihah dan diikuti dengan membaca surah. Selepas itu bacalah (tasbih): Allahhu akbar, walhamdulillahi, wasubhana Allah 15 kali sebelum engkau ruku”. Kemudian ruku’ dan baca (tasbih) 10 kali. Kemudian angkat kepala kamu (‘iktidal) dan baca (tasbih) 10 kali. Kemudian sujud, bacalah (tasbih) 10 kali. Kemudian angkat kepala engkau (duduk antara dua sujud) dan bacalah (tasbih) 10 kali. Kemudian sujud dan bacalah (tasbih) 10 kali dan sebelum engkau bangun berdiri (10 kali tasbih). Maka kesemua itu 75 (tasbih) pada setiap rakaat, dan jumlah semuanya pada 4 rakaat sebanyak 300 kali. (HR Turmuzi)
KELEBIHAN SOLAT TASBIH
… (Wahai bapa saudaraku) kalaulah dosa engkau sebanyak pasir, Allah akan ampunkan dosa engkau. (HR Turmuzi)
KEDUDUKAN SOLAT TASBIH
…Abbas bertanya: Siapakah yang mampu untuk menunaikannya pada (tiap-tiap) hari?. Sabda Rasulullah: Jika engkau tidak mampu melakukannya setiap hari, lakukanlah pada setiap Jumaat (sekali seminggu). Sekiranya tidak mampu melakukan pada setiap Jumaat, lakukanlah pada setiap bulan. Rasulullah terus menjelaskan sehingga beliau bersabda: Lakukanlah walaupun setahun (sekali). HR Turmuzi
HUKUM SOLAT TASBIH
Alhamdulillah.,Jumaat yg lepas saya berkesempatan menunaikan solat tasbih bersama-sama muslimat di menara Tm diimamkan oleh seorang Ustazah yg sy kagum sgt tgk die & rasa nk jd mcm die.hehe.. InsyaAllah..
Solat Tasbih ni kalau dilakukan dgn betul² khusyuk InsyaAllah akan menangis..menangis mengenangkan diri yg sgt lemah ni.,menangis kerana byk sgt dosa yg kite dah buat..ape pun bkn hanya menangis je., yg pentingnya adalah keinsafan dlm diri.
Jum lah sama² kita buat & buat lagi Solat Tasbih.
Salam Ramadhan.